Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Zakharia 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Penglihatan kelapan: Empat rata

1Aku melayangkan pandang lagi, lalu tampak empat buah rata muncul dari antara dua buah gunung, dan gunung-gunung itu gunung gangsa. 2BRata pertama ditarik oleh pasangan kuda berwarna merah, rata kedua oleh kuda berwarna hitam, 3Crata ketiga oleh kuda putih, dan rata keempat oleh kuda bertompok – semuanya kuat-kuat belaka. 4Lalu aku bertanya kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu, "Apakah erti semua ini, tuanku?"

5DMalaikat itu pun menjawab aku, "Keempat-empat rata ini ialah empat roh dari langit yang keluar setelah menghadap Tuhan semesta bumi.

6Rata dengan kuda hitam pergi menuju Tanah Utara, rata dengan kuda putih pergi menuju arah barat, manakala rata dengan kuda bertompok pula pergi menuju Tanah Selatan."

7Ketika semua kuda yang kuat itu keluar, tampak betapa kesemuanya tidak sabar untuk segera pergi menjelajahi bumi. Kata malaikat itu, "Pergilah, jelajahilah bumi!" Maka pergilah kesemua kuda itu menjelajahi bumi. 8Kemudian Dia berseru kepadaku, "Lihat, kuda yang pergi menuju Tanah Utara itu telah menenangkan Roh-Ku di Tanah Utara."

Kerajaan Sang Tunas di Yerusalem

9Datanglah firman Tuhan kepadaku demikian, 10"Ambillah persembahan daripada kalangan buangan, iaitu dari Heldai, Tobia, dan Yedaya, yang baru sahaja datang dari Babel, kemudian pergilah engkau pada hari ini juga ke rumah Yosia anak Zefanya. 11Ambillah perak dan emas, buatlah mahkota, lalu kenakanlah pada kepala Imam Besar Yosua anak Yozadak. 12EKatakan kepadanya: Beginilah firman Tuhan alam semesta, 'Inilah orang yang bernama Tunas. Dia akan bertunas dari tempatnya dan akan membangunkan Bait Suci Tuhan. 13Dialah yang akan membina Bait Suci Tuhan, dan dia jugalah yang akan menerima kemuliaan serta duduk memerintah di atas takhtanya. Dia akan menjadi imam di atas takhtanya. Kesepakatan damai akan ada antara kedua-dua jawatan itu.' 14Mahkota itu akan menjadi tanda pengingatan di dalam Bait Suci Tuhan bagi Helem, Tobia, Yedaya, dan Hen anak Zefanya.

15Kalangan dari jauh akan datang membina Bait Suci Tuhan." Maka kamu akan tahu bahawa Tuhan alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Hal ini akan terjadi jika kamu sungguh-sungguh mematuhi Tuhan, Allahmu.